You.There.

Dalam nafas paras-paras kritikal. Aku masih simpan harap.

Ya. Harap. Aku harap, masa hadapan yang lebih cerah dan ceria. Harap. Lebik bijak dan berilmu dari semalam. Harap. Dia lebih memandang berat kebajikan aku. Harap, aku lebih sihat dan cantik walau sudah dimamah usia. Harap. Aku jumpa sesuatu dan berusaha keras melaksanakan kesukaan aku. Harap. Kejayaan mengiringi setiap langkah aku. Harap. Bahagia sentiasa berbunga buat aku. Dia. Ayah. Mama. Adik-adik. Keluarga. Taulan. Dan semua.

Kalau semalam aku putus harap. Hari ini, iltizam aku lebih. Lebit kuat berbanding semalam. Aku ini kan manusia cuma. Kena tatih dulu sebelum jalan. Kena jalan dulu baru mampu lari. Tersadung itu dan ini. Terkadang, alpa juga. Kalah dengan bisikan syaiton.

Manusia dan lupa. Macam adik sedarah-sedaging. Pergi mana pun ikatan tu tak putus. Lari jauh-jauh pun, ada juga dia. Maka, kat sini aku perlu sahabat. Yang boleh tegur. Depan-depan. Tegur baik-baik sambil ingatkan aku yang lalai ni.




No comments:

Post a Comment