Sentapan minda

I just finished a book. I guess buku tu listed under motivasi. A book by an Indonesian author. Pertama kali aku baca buku tulisan Indonesian writer. Tapi penceritaannya dah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Or else memang aku takkan baca. Sebab aku tak faham. Masa Malaysians dilanda demam 'Ayat-ayat cinta' pun aku tak terbuka hati untuk baca novel by Habibur Rahman tu. I just have no interest. Baru selak sikit-sikit pun aku dah pening. But this book yang aku baru baca, is different.

Tajuk: Abang, apa salahku/ Saat cinta suami berpaling.
Penulis: Asma Nadia
Genre: Motivasi (perkahwinan)



Buku ni berkisarkan pengalaman-pengalaman kenalan dan dari pengalaman penulis sendiri. Basically bercerita tentang ketabahan wanita dalam mempertahankan rumahtangga mereka. Dalam keadaan apa sekalipun, wanita-wanita ini masih bangkit demi yang tersayang. Penulis mengetengahkan konflik dan dilema yang melanda dalam kebanyakan rumahtangga.

Worth reading. First tanggapan aku pada buku ni masa selakan pertama "ni mesti pasal lelaki-lelaki tak guna ni!" which is quite wrong. Betul, ada je kisah pasal how useless a guy can be. Terutamanya dalam menakhodai sesebuah perkahwinan tu. Tapi yang aku kagum pasal buku ni is that, ada banyak pengajaran. Buku ni ajar aku that there is an advantage in every disadvantages. Dalam kelam, ada cahaya. Bukan semua masalah, end up dengan failure.

Aku selalu takjub dan kagum dengan wanita. Not because i am a woman aku bertanggapan macam tu. Tak. Tu bias namanya. Aku kagum sebab dalam dunia hari ni kalau kamu orang sedar, wanita mendominasi tanggungjawab lelaki. Kalau dulu cuma lelaki yang pay the bills, sekarang dah susah nak jumpa. Sebab dua-dua kerja. Tapi takpelah. Asalkan jangan sampai mengambil kesempatan pula. Sebab tanggungjawab memberi nafkah itu milik kamu wahai suami!

Banyak saluran media yang membincangkan tentang kepincangan yang berlaku di dalam rumahtangga sejak akhir-akhir ini. Makin banyak tv shows yang memberi khidmat kaunseling rumahtangga, makin banyak jugaklah masalah rumahtangga yang tak dapat diselesaikan.
Sedih, sebab yang jadi mangsa later on is anak-anak.

Ada isteri yang aku lihat di luar sana, kurang menghormati suami. As a singleton, confirmlah aku tak faham situasi tu. Sehinggalah aku buat kajian sendiri. Through pemerhatian dan bual bicara dengan mereka ini. Antara pencetus utama fenomena ini-suami kurang beri perhatian tentang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Isteri bertindak sebagai breadwinner dalam keluarga dan suami lepas tangan. Keperluan asas pun isteri yang sediakan untuk keluarga sedangkan suami sihat dan mampu bekerja. See, how you guys expect us(woman) to respect u as a ketua keluarga sedangkan kamu, tanggungjawab sendiri pun isteri yang pikul. Have you no balls??

By the way, lagi panjang komen aku berbanding sinopsis bukuĻ”
Whatever it is, aku rasa kekuatan seseorang tu terletak pada akal dia. Dan hati. Kalau dua-dua boleh dikawal dengan baik, insyaallah apa pun masalah yang mendatang boleh settle dengan baik. Yang penting, think positive dan make friends with your creator. Sebab DIA satu-satunya yang tak pernah jemu dengar luahan rasa kita with an unlimited love. How cool is that!

No comments:

Post a Comment