The tales of Baju Kelawar

**DISCLAIMER**Jangan tiru atau cetak atau curik fakta aku dalam entree ni. Especially kalau kau student, nak buat thesis. Malas cari fakta. Maka kau henjutkan saja facts dari blog aku ini. Nescaya, kau bakal repeat subject tu next sem. Haha. Padan muka.




Pada suatu zaman dahulu, tinggal sepasang suami isteri di hujung kampung. Kampung itu diberi nama Kampung Fruit Ninja. Tiadalah wujud hatta seorang pun Ninja di kampung itu, melainkan hanya kewujudan buah-buahan yang teramatlah banyaknya. Dek kerana kesuburan tanah pamah di situ, maka tumbuhlah bermacam-macam jenis buah-buahan. Ada Strawberry, Raspberry, Blueberry, Blackberry dan macam-macam lagi.

Berbalik kepada pasangan suami isteri tadi. Si suami bernama Jeffrey Dean Morgan dan dipanggil Pak Din oleh masyarakat setempat. Manakala si isteri pula bernama Kate Hudson. Nama manja?
Mak Kiah sudah...

Pasangan suami isteri tersebut sangatlah baik pekertinya. Akan tetapi, perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Puas sudah Pak Din dan Mak Kiah diubatkan pawang-pawang dan specialist-specialist O&G, namun sia-sia belaka. Akhirnya, mereka pasrah dan redha. Tiada lagi rumah-rumah pawang mahupun hospital-hospital swasta mereka kunjungi. Kiranya, dah berpatah arang, berkerat rotanlah ni ye?

Nak dijadikan cerita..pada suatu hari yang aman damai. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Liuk-liuk dedaunan ditiup sang angin. Hari yang cerah, sesuai sangat nak buat pre-wed photoshoot.
TIBA-TIBA..langit bertukar kelam. Angin bertiup kencang. Suasana yang tadinya aman, bertukar huru-hara. Cakerawala seakan melontar amuk!

"Is it a bird?", tanya Lana Kreuk.
"Is it a plane?", gumam J-Lo.
"No, Its Superman!!", jerit Kassim Selamat sebelum matanya dicucuk beramai-ramai oleh penduduk kampung dek jawapan yang di luar alam.
Dari kejauhan, kelihatan objek-objek hitam yang mengapung. Membuat pusingan ibarat taufan Katrina.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ugghh", terdengar erangan dari balik atap.
"Abb....bannnnggg!!", jerit satu suara lain.
"Kkkiiaaahh, abang kat siniii", balas suara itu.
Mak Kiah berusaha mengalihkan atap yang menutup sebahagian tubuh Pak Din.
"Nasib baik atap je", getus Mak Kiah dalam hati beliau.
"Are you okay sayang?", tanya Pak Din dalam Bahasa Inggeris loghat Jawa. Kacukan rupanya Pak Din ni.
"Ai okay-okay ja", balas Mak Kiah.

To their surprised, seluruh kawasan kampung dipenuhi dengan sesuatu. Membentuk seakan hamparan. Hitam. Pekat. Beralun. Pasangan suami isteri tersebut cuba meberanikan diri. Mendekati hamparan "sesuatu" dengan rasa ingin tahu yang meluap-luap. Rasa takut dan curiousity memandu kaki. Makin dekat. Dekat. Dan dekat...

"U olls!", sapa satu suara. Tertoleh-toleh Pak Din mencari gerangan suara yang menegur.
"Down here la u olls", jawab suara itu. Pak Din terlongo sebentar. Melihatkan susuk si pemilik suara tadi, buat Pak Din tak jadi nak tanya apa-apa. 

Selang beberapa ketika...

"Kisahnya macam ni", suara itu membuka bicara. Setelah Pak Din mendapat semula kekuatan yang dah sah-sah terbang melayang tadi, sesi soal jawab pun dibuka. Orang-orang kampung yang tak tahu muncul dari mana, pakat-pakat melangak depan Pak Din dan "sesuatu" itu. Dah macam Al-Kuliyyah pula layaknya.
"We olls ni asalnya dari Planet Kemelamawaqmaq".
"Planet we olls kena serang dengan Boragas. Bekalan makanan semua kena curi", sambungnya lagi.
"We mean no harm", tegas suaranya.

Setelah puas berbincang, kata sepakat pun dicapai. Penduduk kampung bersetuju untuk supply makanan kat Planet Kemelamawaqmaq."Sesuatu" dan gerombolannya atau nama saintifik mereka, Chiroptera or Kelawaq membantu penduduk kampung membaik pulih keadaaan rumah dan persekitaran masing-masing. Dah jahanamkan harta orang, kenalah repair balik. Barulah namanya Diva.

"Sebelum we olls berangkat, we olls nak bagi u olls sesuatewww", gedik dan sengau si kelawaq. Sekali dengaq sebijik macam Fifi HOT FM.
"Free ke???", gabungan suara penduduk kampung Fruit Ninja membelah sunyi. Standard lah. Siapa tak hendak barang percuma. Ye dak?
"Oleh kerana u olls ni dah berjasa dengan planet we olls", diam kejap sambil kirai-kirai kepak.
"Tadaaaaa! Surprise takkk???", kejap macam Fifi. Kejap macam deko-deko Eric pulak dak Kelawaq ni.

Maka, terkedu dan terujalah sekalian penduduk kampung akan pemberian free gift oleh dak Kelawaq sebentar tadi. Fabrik dan keluasan lubang aircornd yang luarbiasa selesa. Si pemakai seolah-olah dipukau dan enggan melepaskan baju tersebut hatta untuk dicuci sekalipun. Sejak dari peristiwa itu, free gift tersebut digelar "Baju Kelawar". Sehingga ke hari ini, industri penghasilan Baju Kelawar mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat jelata.

Sekian.




P/s: Kan aku dah kata....














No comments:

Post a Comment