Homemade Scrub

Kecil-kecil dulu, aku ada cita-cita. Journalist. Sebab aku gila glamour. Haha.Taklah. Pasal Journalist tu betul. Aku minat gila nak menulis. Rasa macam hebat je. Terpengaruh dengan Louis Lane pun ada juga. Besides, i was so fond of books back then. Can you imagine, through writing you can conquer the world. Be whoever and whatever you want to be.That was then. Cita-cita masa aku belum baligh. Belum kenal resam dunia. Belum tahu akan tajamnya mata pena.

Dah besar-besar ni. Membaca malas. Semua artikel main pilih-pilih. Nak baca segmen kecantikan je. Yang bermanfaat, ikut mood. Haish. Tak boleh macam tu. Aksi macam ni jangan tiru ye anak-anak. Tak bagus untuk otak.

Anyways, aku suka gila masuk Guardian, Watson and beauty store. Pastu kalau dah stroll kat dalam tu, for sure lah akan ada barang yang dibeli. Itu yang ada sampai 4-5 botol jenis scrub kat dalam toilet tu.Padahal yang lain pun tak habis guna lagi. Membazir betul. Macam mana nak menyimpan nih? Tak bagus. Tak bagus.

 Oh! Sebelum aku terlupa niat asal aku hari ini, let me share with you antara organic homemade scrub yang termudah dan tersenang di dunia. Beneran donk.And it is super saving too! Best kan? All you need is keRAJINan. Ye. Sila RAJIN kalau nak cantik=)


Rice&Turmeric Scrub.

Bahan-bahan:
Sedikit beras (aku guna beras pulut siam)
Secubit kunyit hidup (jangan banyak sangat, kang kuning pulak muka kau)

Cara-cara:
1) Rendam beras dan kunyit overnight
2) Toskan, blend guna dry mill sampai texture dia jadi macam scrub yang kau beli tu.


Camtulah resepi dia. Kacang gila kannn. Ni resepi kawan aku. Aku dah try dan yes, hasil dia memang best. Kulit kau rasa fresh dan bebas daki. Nak lagi best, lepas dah bilas scrub tu kau apply body butter atau lotion. Pegh! Terbaik dari ladang. In fact, it is organic. Tak ada alkohol. Tak ada bahan kimia. Kulit lagi cepat  tua kalau produk yang kau apply contains alcohol. Makanya, ia nggak bisa disimpan lama. Sebab tu sekali blend, terus habiskan. Kalau simpan lama, dia busuk sikit. Kalau terbuat banyak, ajaklah husband ke, siblings ke, parents ke join buat facial. Super fun!

Selamat mencuba!










No comments:

Post a Comment