I sing a love song.

Kalau meluahkan cinta. Ibarat mengunyah Lays, pasti enak bukan? Tapi, enaknya Lays terletak pada kurangnya rasa "pedaq" di akhir rasa. Dan rapuh. Ya. Mengunyah kerepek kentang haruslah yang rapuh-rapuh sahaja. Kalau liat lemau, tang mana yang golongkan dia dalam kategori kerepek?

Anda masih bersama saya? Heh.
Mukadimah sampah setelah conteng-leka-edit-padam. Dan publish. Kadar mengantuk aku bukan calang anak..bhai. Kaitan anak dan bhai? Dengan gebang kita malam ini? Tak ada. Kan dah kata. Aku mengantuk. Sebab kau dah singgah "pent-house" aku. Mari kita merapu. Yeay!

Semalam. Tarikh keramat buat aku. 31st March 2013. Pertama kali, hidup ajar aku. Demam Campak tak calang mudah. Sakit dalam-dalam sendi. Plus, tak semena-mena aku rasa sedih. Rasa macam terpinggir. Kegilaan apakah ini? Semua rutin harian, berubah 360ยบ. Mandi tanpa sabun dan syampu. Rambut dah keras kejung. Tak sanggup nak tilik wajah sendiri. Horror.

Aku rindu sangat dengan Tuk. Kalau Tuk ada, air mandi aku. Tuk yang sediakan. Makan minum. Malam-malam berjaga semata-mata nak rasa demam aku dah kebah atau belum. Aiseyh. Kan dah bilang. Cengeng betul aku sekarang. Tuk tak pernah fail buat aku rasa loved. Kasih sayang dia, sentuhan dia. She got magical touch. Aku harap aku sempat pulang. Untuk bagitahu, yang aku sayang dia sangat.

Banjir. Banjir.

No comments:

Post a Comment