Hati. Macam-macam yang dah melekat kat hati.
Hati pernah sayang. Hati pernah menghargai. Hati pernah bagi peluang. Hati selalu kata tak apa. Even hati sakit. Even hati terguris. Hati masih mau menerima hati-hati lain dengan keterbukaan. Hati yang ikhlas. Hati yang pemaaf. Dipijak dicerca, masih mau beri kesempatan. Oh hati.
Jujur, aku bukan kaki gaduh. Kurang lebih, aku senang kalau yang tak puas hati itu datang face-to-face dengan aku. Bukan ganged up on me. Macam high school. Tak lelah kah bermuka-muka? Tak suka se-ofis atau se-shift dengan aku? No problem. Go and tell your boss you wanna change your shift. Aku pun tak betah nak tengok muka kau lama-lama. Tak mendatangkan hasil. Jangan fikir kau sahaja yang tahu marah, tahu menyampah.
Konklusi yang aku dapat, setelah lama bergaul dengan kau. Kau kekurangan kasih sayang mungkin. Kerana itu, kau sering ikut campur dalam urusan orang lain. Prihatin katanya. Katanyalah kan. Aku tak tahu. Sejauh mana kebenaran statement kau tu. Atau lebih kepada gosip untuk mengisi masa senggang kau yang lapang sangat.
Kadang, jauh di sudut hati aku yang terdalam. Aku jatuh kasihan pada kau. Sahabat dunia akhirat kau itu, sama sahaja patternnya. Bermulut manis di hadapan kau, berbusuk taik di belakang kau. Relevannya, kamu orang memang ditakdirkan jatuh cinta bersama. Sweet.
hahahaha...aku suke bahasa ko utk entry kali ni...very the puitis and cynical too...thumbs up!
ReplyDeletepape pon..sile coolkan dulu HATI tu...(^_~)
kata orang : "...secara tidak sedar, seseorg yg menyakitimu hanya akan membuatmu semakin kuat.." tapi rasa mcm betul je kan apa yg ditulis nih...
ReplyDeleteoh yer nak share kat sini : "kebohongan hanyalah ketenangan sesaat. dan bila tidak diselesaikan, akan menjadi kegelisahan seumur hidup"...ho ho ho
ReplyDelete